Pertemuan Zulkifeli dengan Presiden Myanmar sebahagian rangka lawatan sebelum bersara

Pertemuan Zulkifeli dengan Presiden Myanmar sebahagian rangka lawatan sebelum bersara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perjumpaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw pada Selasa, adalah sebahagian daripada rangka lawatan perpisahan beliau kepada rakan sejawatannya dikalangan negara Asean sebelum persaraannya.

Menurut kenyataan rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia perjumpaan Zulkifeli, memaklumkan bersabit ancaman Daesh terhadap Malaysia dan negara serantau.

Beliau juga telah memaklumkan kerjasama Asean amat diperlukan untuk menangani ancangan Daesh di rantau ini.

Pada kesempatan lawatan itu juga beliau telah menyampaikan kekhuatiran dan kegusaran beliau terhadap apa yang berlaku mutakhir ini ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Beliau juga menyatakan kepada Jeneral Ming Aung Hiang keadaan itu sekiranya tidak ditangani dengan baik dan secara berhemah ia akan mewujudkan satu keadaan yang akan dieksploitasikan oleh Daesh untuk memperkembangkan pengaruh dan kuasa mereka di rantau Asia Tenggara ini.

Menurut kenyataan itu lagi pandangan yang sama juga telah disampaikan beliau ketika dibawa untuk bertemu dengan Presiden U Htin Kyan pada hari sama.

Menurut Myanmar Times pada Selasa melaporkan, pertemuan itu bertujuan meredakan ketegangan susulan hubungan Malaysia-Myanmar yang dikatakan terjejas akibat kritikan keras perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing telah memaklumkan kepada Zulkifeli bahawa tiada sebarang pencabulan hak asasi manusia telah dilakukan ke atas etnik Islam Rohingya di negara itu.

Pihak berkuasa Myanmar juga menurutnya tidak boleh menipu dalam isu itu berikutan tumpuan media tempatan dan antarabangsa dalam isu berkenaan.

Sementara itu, kenyataan daripada pejabat presiden turut dilaporkan berkata ketegangan itu timbul susulan ‘berita palsu’ yang tersebar dan kerajaan Myanmar sedang berusaha menyelesaikan isu berbangkit di negeri Rakhine mengikut undang-undang sedia ada dan standard hak asasi manusia yang diguna pakai.

TAGS