Pesan Allahyarham SM Salim: Jangan siar lagu nyanyiannya selama 44 hari

Pesan Allahyarham SM Salim: Jangan siar lagu nyanyiannya selama 44 hari

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keluarga Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.

Anak Allahyarham Shamsul berkata ini sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan seniman itu semasa hayatnya supaya lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

“Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

“(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakkan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang hari ini kerana sakit tua.

TAGS