Peserta Bersih mula tiba, 14 penggerak sudah ditahan

Peserta Bersih mula tiba, 14 penggerak sudah ditahan

 
 
Para peserta Bersih 5 mula sampai ke ibu negara sejak malam tadi dengan menyertai program pra perhimpunan yang dianjurkan ketika 14 penggerak utama mereka telah ditahan polis.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 
 
Para peserta Bersih 5 mula sampai ke ibu negara sejak malam tadi dengan menyertai program pra perhimpunan yang dianjurkan ketika 14 penggerak utama mereka telah ditahan polis.
 
Mereka datang dengan pelbagai cara khasnya pengangkutan awam dan juga kenderaan persendirian.
 
LRT dari pelbagai laluan ke ibu negara penuh dengan penumpang berbaju kuning.
 
 
Tinjauan Malaysia Dateline sejak tengah malam mendapati lebih 300 peserta Bersih 5 sudah berkumpul di persimpangan Jalan Raja dekat Dataran Merdeka. 
 
Turut menyertai himpunan di ambang Bersih 5 itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan-DAP, Ng Sue Lim. 
 
Para peserta Bersih mula berhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil menyanyikan lagu Negara Ku jam 9.30 pagi.Beliau memimpin kumpulan terbabit dengan sorakan “Hidup Bersih”, “Hidup Rakyat”, “Undur Najib” dan “Selamatkan Malaysia”.
 
Pengguna kenderaan daripada yang bermotor, berkereta mewah, pemandu bas dan lori turut membunyikan hon serta melambaikan tangan memberi sokongan kepada Bersih 5. 
 
Sementara itu, lokasi dataran berkenaan telah diletakkan pagar dan halangan dengan dilihat paling kurang tiga khemah polis dan anggotanya berada di lokasi berpagar itu. 
 
Walhal, dalam tinjauan sama sehari sebelum itu mendapati perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad tersebut dibiarkan dengan ramai anak muda majoritinya Melayu melepak dan hingar-bingar dengan aktiviti merempit dan memperagakan kereta yang diubahsuai. 
 
Setakat pagi ini, 14 orang ditangkap sejak petang semalam. Mereka adalah Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, Anthony Loke, Ronnie Liu dan Luqman Nul Hakim Zul Razali.
 
Turut ditahan Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Artuchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Anis Syafiqah Md Yusof, Ariffin Abu Bakar dan Razali Zakaria.
 
Selain itu, juga ditahan  Muhammad Safwan Anang,  Adam Adli dan ketua samseng Geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos
 
Geng baju merah juga berhimpun di Ibu Negara dengan kawasan tumpuan adalah Jaklan Raja Laut menuju ke PWTC.Pagi ini menyaksikan sekumpulan samseng baju merah anti-Bersih 5 di perkarangan Masjid Jamek di ibu negara berdekatan Dataran Merdeka. 
 
Jalah dari Jalan Pudu ditutup manakala terdapat sekatan jalan dari Sepang menghala ke Putrajaya.
 
Keadaan di Brickfields setakat pukul 8.30 pagi masih terkawal. 

TAGS