Pesuruhjaya Pas dakwa kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang

Pesuruhjaya Pas dakwa kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.Ketika Presiden Umno datuk Seri Najib Razak memegang tangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pentas Solidariti untuk Rohingya,
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad mempertikaikan tentang maruah negara ekoran kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.

“Penghapusan etnik Rohingya berlaku di Myanmar tetapi kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.

“Di manakah maruah negara?” tanya Iskandar dalam tulisannya di Facebook.

Bahkan beliau juga mempertikaikan dimanakah pasukan polis ketika kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.

“Di manakah pihak Polis? Mungkin hanya sibuk dgn Bersih 5,” kata Exco kerajaan negeri Selangor itu.

 

TAGS