Petrol, diesel naik 15 sen seliter tengah malam ini

Petrol, diesel naik 15 sen seliter tengah malam ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan akan menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen bermula tengah malam ini selepas Perdana Menteri dilihat banyak pihak mengumumkan pelbagai jenis ‘gula-gula’ dalam belanjawan yang dibentangkan, 21 Oktober lalu.

Kenaikan bahan api terbabit berkuatkuasa 1 November untuk dua bulan berturut-turut itu merupakan peningkatan tertinggi untuk tahun ini.

Ini bermakna mulai esok harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter.

Harga baru tersebut lebih tinggi berbanding Januari lalu apabila RON95 berada pada paras RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).

Perubahan harga petrol dan diesel setiap bulan bergantung kepada perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang negara.

TAGS