Petugas rapat arwah Tok Guru jadi tarikan sertai Amanah di Kelantan

Petugas rapat arwah Tok Guru jadi tarikan sertai Amanah di Kelantan

Petugas-petugas rapat dengan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tokoh-tokoh barisan hadapan Parti Amanah Negaraa (Amanah) terus jadi tarikan kepada orang ramai untuk menyertai parti itu di Kelantan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Petugas-petugas rapat dengan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tokoh-tokoh barisan hadapan Parti Amanah Negaraa (Amanah) terus jadi tarikan kepada orang ramai untuk menyertai parti itu di Kelantan.

Tiga Setiausaha Politik arwah Tok Guru saksikan Abe Kob sertai AmanahDi majlis memperingati hari wukuf anjuran Amanah Kelantan, Mat Yaacob Mohammad atau lebih dikenali nama mesranya Abe Kob menyerahkan borang penyertaannya ke dalam Amanah kepada Datuk Husam Musa disaksikan dua lagi bekas setiausaha politik arwah Tok Guru iaitu Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan Haji Anual Bakri Haron.

Abe Kob merupakan petugas parti Pas zaman sebelum 1990 dan terus bersama dengan arwah Tok Guru sepanjang hayatnya dalam membangunkan perjuangan Islam.

“Saya bertugas dalam jentera pilihanraya semua peringkat dari cawangan, kawasan dan negeri tanpa henti dan sehingga ini saya masih ahli jawatankuasa Pas kawasan,” katanya ketika ditemui di majlis itu.

Sehari sebelum itu, lebih 30 penduduk Pulau Pisang dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa menyerahkan borang penyertaan Amanah kepada bekas ketua pemuda Pas semasa arwah Tok Guru ambil alih Kelantan tahun 1990, Ustaz Muhammad Husain.

Dr. Fauzi Zakaria umum keluarganya sertai Amanah“Saya sebagai ketua pemuda ketika menghadapi pilihanraya 1990 diminta bertanding di Dun Gaal dan terus bersama Tok Guru hingga akhir hayatnya,” kata beliau semasa memberi ucapan ringkas di majlis itu.

Dalam perkembangan lain bekas setiausaha akhbar arwah Tok Guru, Dr. Mohd Fauzi Zakaria memaklumkan semua adik beradik dah ahli keluarga beliau kini ahli Amanah.

“Alhamdulillah ketika kami berkumpul sempena Aidil adha ini keluarga kami mengambil keputusan untuk memilh mazhab politik baru dengan menyertai Parti amanah Negara (Amanah),” tulis beliau di media sosial.

TAGS