PH akan adakan pemukiman majlis presiden, terbit akhbar PH

PH akan adakan pemukiman majlis presiden, terbit akhbar PH

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan ‘retreat’ (pemukiman) di kalangan pimpinan utama parti gabungan pada 1 dan 2 Disember depan.

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemukiman itu bertujuan untuk bertukar pandangan di kalangan pimpinan empat parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita akan adakan pemukiman majlis presiden di KL untuk tukar fikiran dan pendekatan kita terhadap pilihan raya di kalangan anggota majlis presiden,” ujarnya di dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pesiden PH yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir  Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu  dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah dan barisan jawatankuasa Majlis Presiden PH.

Walaupun PH gagal bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini,  Dr Mahathir berkata, PH akan mengatur pertemuan lain untuk membincangkan mengenai pendaftaran PH yang mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak memberikan sebarang maklum balas sejak pendaftaran dilakukan oleh PH pada Julai lalu.

“Pada awalnya kita cadang jumpa menteri hari ini, tapi menteri tiada.

“Kita juga bincang mengenai pendaftaran di RoS. Kita belum dapat apa-apa reaksi daripada RoS yang mana tiada penolakan, tiada penerimaan atau kelulusan.

“Sama ada lulus atau tidak lulus kita ada ‘objection’ untuk sedia ikut kehendak RoS, jika ada yang tidak sesuai dan bercanggah.

Beliau turut memakumkan, mesyuarat turut membincangkan mengenai penerbitan sebuah akhbar PH.

 

“Kita juga telah bincang kemungkinan kita akan adakan surat khabar Pakatan Harapan.

“Selain itu kita juga telah diberi penerangan mengenai laporan jawatankuasa Pilihan raya dan Jawatankuasa Mobilasi,” ujarnya mengenai butiran mesyuarat yang diadakan hari ini.

Diajukan pertanyaan sekiranya RoS tidak meluluskan pendaftaran PH Dr Mahathir berkata, PH mempunyai Plan B.

“Sehingga kini kita sedang usaha tetapi masih tidak dapat jawaban. Kita ada plan B tetapi kita belum tentukan strukturnya bagaimana,” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 4.0
CATEGORIES
TAGS