PH-Bersatu Melaka sedia bantu Bahri bongkar perasuah, penyelewengan di negeri itu

PH-Bersatu Melaka sedia bantu Bahri bongkar perasuah, penyelewengan di negeri itu

Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Melaka mendakwa bersedia membantu bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin untuk membongkar penyelewengan bekas Ketua Menteri di negeri itu.

Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Melaka mendakwa bersedia membantu bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin untuk membongkar penyelewengan bekas Ketua Menteri di negeri itu.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini Pakatan Harapan diwakili Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pengerusi DAP Melaka Teh Kok Kiew;Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari dan Pengerusi Pendaftar Bersatu Melaka Refzun Yusof.

Merujuk tindakan Bahri sempat membidas pihak yang cuba “memukul curi” beliau iaitu seorang bekas Ketua Menteri di negeri itu, apabila  Bahri mengambil keputusan bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.

“Kami percaya tuduhan Bahri ditujukan kepada  bekas ketua menteri itu kerana beliaulah satu-satunya bekas Ketua Menteri yang mengeluarkan kenyataan biadab dengan mendesak SPRM untuk menyiasat Bahri kononnya beliau cuba menjatuhkan imej Perdana Menteri berhubung dengan siasatan kes SRC International dan isu RM2.6 Billion.

“Namun, persoalannya, mengapa beliau sanggup berkata sedemikian?

“Adakah beliau antara yang di bawah radar SPRM ketika menjadi Ketua Menteri?

“Kami berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ‘pukul curi’ yang dimaksudkan dan akan segera mengaturkan pertemuan dengan Bahri untuk mendapatkan perincian tentang perlakuan dan kegiatan rasuah oleh bekas Ketua Menteri.

“Maklumat yang kami terima setakat ini, bekas Ketua Menteri ini telah melakukan satu penyelewengan pada skala yang besar.

“Kami akan membuat satu pendedahan eksklusif dalam masa terdekat ini mengenai penyelewengan tersebut.

“Pembongkaran ini akan membuktikan bahawa Umno-BN sememangnya patut dihukum dengan mengalahkan mereka di dalam pilihan raya yang akan datang,”ujar kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu menyebut, Bahri telah membuat keputusan berani untuk bersara awal kerana kecewa terhadap penyiasatan kes SRC International yang gagal didakwa di mahkamah.

“Selaku mantan Pengarah BOK, Bahri tentunya mempunyai maklumat lengkap mengenai kegiatan rasuah pemimpin tertinggi negara.

“Malah, beliau secara sinis menempelak beberapa pemimpin yang cuba menjadi juara rakyat kononnya membanteras rasuah.

“Di Melaka baru-baru ini, SPRM telah membuat tangkapan terhadap dua orang pegawai kanan kerajaan negeri yang disyaki mengamalkan rasuah dan hidup lebih daripada kemampuan.

“Pada Disember yang lepas, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Idris Haron, telah ditangkap di mana SPRM telah membekukan akaun beliau yang mencecah RM23juta.

“Kami cukup yakin Bahri bersedia untuk membongkarkan pengamal rasuah yang menjarah kekayaan negeri ini dan mengkhianati amanah rakyat.

“Kami bersedia untuk membantu Bahri untuk bersama-sama menelanjangkan perasuah dengan membuat pembongkaran terhadap amalan jijik rasuah oleh penyangak rasuah,” ujar kenyataan itu lagi.

TAGS