PH desak Najib adakan sidang khas Parlimen bahas pelaburan di AS

PH desak Najib adakan sidang khas Parlimen bahas pelaburan di AS

Pakatan Harapan menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan dan membahaskan pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pelaburan negara ini ke Amerika Syarikat.

Dalam sidang media yang dihadiri wakil parti dalam Pakatan Harapan itu hari ini, menuntut Najib memperjelaskan beberapa isu membabitkan pelaburan di negara `uncle Sam’ itu dengan pembelian pesawat Boeing dengan perjanjian RM42bilion (US$10bilion) ke atas Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pelaburan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pembinaan infrastrukur di Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan bersama itu yang dibacakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebelum ini Khazanah Berhad telah melabur sejumlah AS$400juta di Amerika Syarikat.

“Apa pun tujuannya, MAS sebelum ini memerlukan bantuan suntikan dana RM6bilion dari Khazanah pada 2014 tetapi kini terpaksa untuk menanggung beban baru dengan pembelian pesawat Boieng tersebut.

“Perdana Mengeri juga menawarkan RM3bilion hingga RM4bilion dana KWSP untuk ‘membantu’ membangunkan infrastruktur di Amerika Syarikat.

“Sedangkan Khazanah sebelum ini sudah melabur lebih AS$400juta di Amerika Syarikat.Kita tidak membantah cara Datuk Seri Najib secara ‘unileterally’ menjanjikan pelaburan di AS. Apa yang tidak masuk akal, kita nak membina infrastruktur di sebuah negara yang sudah maju dan terkaya di dunia.

“Macam AS tiada wang lagi…jika KWSP ingin  melabur dengan membeli saham, itu kita faham tetapi KWSP nak buat infrastruktur di Amerika Syarikat sedangkan di negara sendiri terpaksa pinjam wang pada negara China,” ujarnya.

Justeru Pakatan Harapan  beranggapan perdana menteri telah menggadaikan asset negara semata-mata untuk mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

“Kami beranggapan Najib menggadaikan aset semata-mata untuk ‘mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat’ untuk agenda peribadinya, sedangkan dana itu boleh digunakan untuk menyelamatkan ekonomi negara yang semakin merosot,” ujarnya.

Sidang media yang diadakan ini turut di hadiri Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, Pengarah Strategi AMANAH Dr Zulkifly Ahmad dan Ahli Majlis PimpinanTertinggi Bersatu Datuk Dr Rais Husin itu,  turut membuat gimik dengan memakai rambut palsu menyerupai potongan ‘rambut Trump’ sebagai tanda protes terhadap kerajaan dalam merancang pelaburan terkini membabitkan Malaysia di Amerika Syarikat.

Dalam rangka kerja tiga hari Najib ke Amerika syarikat selain pertemuan empat mata dengan Trump di Oval Office, kedua-dua pemimpin turut menyertai mesyuarat delegasi Amerika Syarikat dan Malaysia yang melibatkan anggota Kabinet serta pegawai kanan kerajaan dua negara itu.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian lapan pesawat baharu Boeing 787-9 Dreamliners, hak pembelian bagi lapan pesawat tambahan 737 MAX dan kemudahan penyelenggaraan pesawat syarikat penerbangan nasional itu yang melibatkan potensi nilai AS$4 bilion (AS$1 = RM4.20).

Trump juga menyambut baik kemungkinan pembelian tambahan pesawat Boeing pada masa depan.

CATEGORIES