Pemuda PH Terengganu adakan flashmob anti kleptokrasi di tiga lokasi esok

Pemuda PH Terengganu adakan flashmob anti kleptokrasi di tiga lokasi esok

Pemuda Pakatan Harapan Terengganu komited untuk membantu Pakatan Harapan Negeri Terengganu untuk menawan Negeri Terengganu daripada kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Negeri Terengganu Hasbie Muda berkata, Pemuda PH yakin rakyat Terengganu terutama sekali anak muda bijak membuat pilihan dalam pilihanraya umum ke 14 yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

“Kami menyeru kepada semua anak muda untuk hadir memberikan sokongan ke program Himpunan Rakyat, Sayangi Malaysia Tolak Kleptokrasi yang akan diadakan di Petaling Jaya Sabtu ini.

“Kami percaya anak muda yang ingin melihat perubahan lanskap politik di Malaysia pasti akan hadir ke program ini.

“Oleh itu, Pemuda Pakatan Harapan Terengganu akan menganjurkan satu flashmob serentak di tiga bandar utama Terengganu iaitu Bandaraya Kuala Terengganu, Bandar Dungun dan Bandar Chukai Kemaman pada esok, Khamis 12 Oktober 2017 bermula jam 5:30 petang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Terengganu telah memuktamadkan barisan jawatankuasa  kepimpinan Pemuda PH dalam mesyuarat pertamanya pada 7 Oktober lalu.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan ahli jawatankuasa dianggotai oleh empat (4) orang wakil dari setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Armada, AMK dan Pemuda AMANAH.

Ahli jawatankuasa Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan Terengganu adalah seperti berikut :

Ketua Pemuda : Mohd Hasbie Muda (AMANAH)

Timbalan Ketua Pemuda : Syaiful Irfan Anang (Armada ) & Abdul Rahman Yusof (AMK)

Setiausaha : Muhammad Shahrul (AMK)
Penolong Setiausaha : Mohd Sufian Mat Ali (AMANAH)

Bendahari : Muhammad Qayyum (Armada)

Pengarah Pilihanraya : Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin (Armada)
Timb. Pengarah Pilihanraya : Shateer Azhar (AMANAH) & Wan Ahmad Izuan Wan Ali (AMK)

Ketua Penerangan : Azmel Aniq (AMANAH)
Timb. Ketua Penerangan : Hariz Syahid (Armada)

Pengarah Mobilisasi : Lukman Hakim (AMK)

0.0
OVERALL SCORE
: 0.0
Have no any user vote
CATEGORIES