Pilih Pas atau Umno, kata Hadi

Pilih Pas atau Umno, kata Hadi

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, mana-mana parti yang ingin memerintah Malaysia perlu memilih sama ada ingin bekerjasama dengan Pas atau Umno.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini, Abdul Hadi berkata kuasa politik orang Melayu ada pada dan Umno.

“Kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan Umno. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam,” katanya ketika ditanya pandangannya mengenai kewujudan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikatakan akan memecahkan undi orang Melayu.

Sebelum ini Abdul Hadi berkata, Pas akan memutuskan hubungan dengan Bersatu jika ia secara rasmi menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

 

TAGS