Pindaan OSA: Tindakan zalim, menakutkan rakyat dan pengamal media

Pindaan OSA: Tindakan zalim, menakutkan rakyat dan pengamal media

 

 

 

 

 

 

 

 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Penerangan Perkasa  Hassan Basri Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut senada dengan Pertubuhan Wartawan Nasional (NUJ) bahawa cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah satu tindakan yang zalim dan satu cubaan untuk menakutkan masyarakat dan pengamal media daripada mendedahkan penyelewengan dan salahlaku sesetengah pihak.

Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri berkata, usaha Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu lebih menjurus kepada kebimbangan beliau tentang kesedaran dan terhakisnya keyakinan rakyat apabila terdedahnya dokumen dan maklumat yang membabitkan salahlaku dan penyelewangan.

“Perkasa melihat ada perkara yang tidak kena apabila Peguam Negara membangkitkan cadangan meminda OSA,bagi mengenakan hukuman yang lebih berat sehingga penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan kepada pesalah yang membocorkan maklumat termasuk pengamal media.

“Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salahlaku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara,” soalnya.

Kata beliau lagi, Perkasa melihat dan melahirkan kebimbangan isu keselamatan yang lebih besar ialah apabila rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati apabila ada usaha menutup dan melindungi maklumat penyelewengan melalui pindaan Akta Rahsia Rasmi tersebut.

“Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus dibawah prinsip ‘good governance’ dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat,” ujarnya.

“Perkasa juga menyokong dan sangat berharap supaya masyarakat dan pengamal media bersatu untuk mempertahankan 3 prinsip iaitu mempertahankan kebebasan melapur secara jujur dan telus, pertahankan hak mengulas dan menegur secara adil tanpa tekanan dan wajib menghormati dan memelihara hak sumber, ujarnya.

Dalam pada itu Perkasa juga amat menyokong dan sama sekali tidak berkompromi terhadap usaha pihak tertentu yang dengan sengaja untuk mendedahkan dokumen dan maklumat yang mengancam keselamatan dan keamanan negara dan sewajarnya dihukum dengan hukuman yang berat.

Asasnya penggubalan OSA oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa. Akta tersebut dan kerahsiaannya lebih terhad kepada dokumen dan minit yang melibatkan mesyuarat keselamatan dan keamanan negara oleh agensi-agensi keselamatan berkaitan.

“Justeru akta tersebut sehingga kini bertahan dan mampu mengawal keamanan dan keselamatan negara dan kesannya akhirnya dapat dilihat membawa kesan kepada kemakmuran dan keamanan negara.

“InsyaAllah Perkasa dalam masa terdekat berusaha untuk mengadakan sidang meja bulat dan bercadang untuk menjemput Peguam Negara sendiri sebagai speaker utama.

TAGS