PKR, DAP, Amanah dan PPBM bersatu di Bersih 5

PKR, DAP, Amanah dan PPBM bersatu di Bersih 5

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Perhimpunan Bersih 5 hari ini memperlihatkan sokongan peserta kepada gabungan empat parti di bawah Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ucapan pemimpin mereka di perhimpunan ini membayangkan kesepakatan itu.

Teriakan ‘Keadilan’ disahut dengan ‘Reformasi’, Amanah disambut ‘Progresif’, DAP diiringi pekikan ‘Ubah’ dengan diakhiri sorakan Malaysia disahut jeritan ‘Bersatu’.

Pemimpin mereka menyeru perkukuhkan jentera pilihan raya bagi menumbangkan Umno-BN bagi mempertahankan masa depan anak cucu.

“Jadikan himpunan ini ketakutan kepafa pihak yang ada di Putrajaya itu,” ujarnya.

Beliau turut memimpin sorakan dengan merujuk pada nama-nama parti yang berpayung di bawah Pakatan Harapan disambut dengan identiti kesemua parti terbabit itu.

Sementara itu, Adun Amanah Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang turut berucap berkata, himpunan Bersih 5 bukan mahu menimbulkan kekacauan tapi menuntut pilihan raya yang bebas daripada penipuan.

“Sebanyak 26 Dun di Johor misalnya diubah (persempadanan pilihan raya). Walaupun begitu, sesunguhnya perancangan Allah lebih baik,” tegasnya.

Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang terus menekan rakyat.

“Siapa yang akan dapat kerja? Siapa yang akan dapat kontrak itu?” soal Aminolhuda lagi mengakhiri pidatonya merujuk kepada tindakan Najib Razak membawa masuk banyak pelabur China ke negara ini.

Pidato setakat pagi ini juga menyaksikan beberapa peserta mengaku dengan mengangkat tangan bahawa mereka adalah penyokong tegar Umno sebelum ini tetapi kali ini turut memakai kemeja-T Bersih 5.

 

TAGS