PKR Kelantan sedia bincang pembahagian kerusi

PKR Kelantan sedia bincang pembahagian kerusi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan pendirian tidak akan melawan parti Amanah, Bersatu atau Pas di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusinya Ab Aziz Ab Kadir dalam satu kenyataan dipetik berkata, PKR di negeri itu terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak mengenai pembahagian kerusi.

Beliau berkata, untuk rundingan kerusi dengan Pas, perjanjian Pakatan Rakyat dahulu menyatakan kerusi yang kalah sahaja yang boleh dirunding.

“Sama juga dengan kehadiran Amanah dan Bersatu. Kita seperti biasa, kita tidak mahu lawan Amanah mahupun Pas, kita berjuang untuk menambahbaikkan pemerintahan Negara.

“Amanah ini kita tahu dia daripada Pas, tapi lebih baik pergi ke Amanah daripada pergi ke BN. Kita tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak,”katanya.

Sehingga kini ujarnya, pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berkenaan perkara tersebut dan yakin pemilihan pemimpin untuk setiap kerusi adalah berdasarkan ketokohan yang dimiliki.

“Untuk setiap kerusi itu, kita tahu siapa yang lebih layak, dari segi ketokohan dan juga sambutan rakyat. Jadi kita boleh terima dengan hati terbuka, kecuali jika ada pemimpin yang berkepentingan untuk jadi calon. Sebab kita cuma mahu menang,”katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai bayangan pertambahan kerusi PKR di negeri itu, beliau berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum mengadakan rundingan rasmi dengan gabungan parti dalam Pakatan Harapan dan Pas.

TAGS