PKR wajar nyatakan pendirian, mahu PAS atau Pakatan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

 PAS Kawasan Kuala Kangsar menyambut baik hasrat Pas Perak untuk bertanding semua  kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

Justeru Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta menyatakan pendirian parti itu terhadap kerjasama politiknya sama ada mahu bersama Pas atau Pakatan Harapan

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tindakan PKR yang bersekongkol dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah menjejaskan gerak kerja PAS dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

“Kita tertanya-tanya apakah hala tuju dan gerak kerja yang perlu dilakukan khususnya di kerusi yang ditandingi PKR?

“Sebagai parti yang sudah berusia 64 tahun, ujian untuk bergerak sendirian bukan satu tekanan dan akar umbi sentiasa bersedia menghadapi sebaraang kemungkinan.

“Dalam konteks PAS Kuala Kangsar, kami menyatakan kesediaan untuk bertanding semua kerusi termasuklah Dun Bukit Chandan yang selama ini ditandingi oleh PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda PAS Perak ini juga menyokong keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria semalam, yang mengumumkan pendirian Pas Perak untuk bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN sendirian untuk menentang Umno dalam PRU ke-14 tanpa rakan sekutu dari DAP,PKR dan Amanah.

“Saya meyakini PAS Pusat berfikiran matan untuk menghadapai tekanan ini namun PKR perlu menjaga perasaan PAS khususnya ahli diperingkat bawah yang bertungkus lumuss membantu memenangkan calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

“Namun tindak tanduk PKR telah merencatkan kemaraan kami khususnya dalam menghadapi pilihanraya akan datang,” ujarnya.

TAGS