Policy Talk: PH berikrar atasi kos sara hidup jika memerintah negara

Policy Talk: PH berikrar atasi kos sara hidup jika memerintah negara

Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata Pakatan Harapan berikrar  sekiranya kerajaan baharu Pakatan Harapan berjaya ditubuhkan, akan memastikan masalah kos sara hidup rakyat dapat ditangani segera.

Menurut beliau, kerajaan baharu yang akan didirikan oleh PH kelak berjaya ditubuhkan hanya sekiranya, pengundi tidak menjual undi mereka kepada sebuah kerajaan kleptokrat yang ada hari ini.

“Pakatan Harapan banyak ide untuk pulihkan negara.

“Percayalah…kejatuhan kerajaan kleptokrat Najib akan hentikan proses menghancur negara. Kami (PH) berikrar akan utamakan rakyat dan pulihkan negara ini.

“Akan kami hapuskan budaya ‘cash is king’. Hasrat kami tolak yang haram gantikan yang halal,” ujarnya dalam ucapannya  hari ini yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana , Putrajaya..

Pakatan Harapan mengariskan solusi  bagaimana mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui Policy Talk: Harapan Baru oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui Policy Talk: Harapan Baru yang dibincangkan hari ini di bawah tajuk: Kos Sara Hidup, bekas perdana menteri itu berkata Pakatan Harapan akan berusaha untuk mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat dan bank di Singapura.

“Kami juga tahu duit berbilion yang ada pada Najib dan Rosmah, Jho Low dan beberapa orang lain, kami boleh paksa mereka serah.

“Kami juga ada cara untuk kurangkan hutang dan membetulkan projek yang membazir.

“Kami berpengalaman tangani kenaikan kos sara hidup dahulu pengalaman ini akan kami guna untuk tangani kenaikan kos sara hidup yang berlaku hari ini.

“Dahulu ada penyangak mata wang menjatuhkan nilai ringgit kita.Kami tahu cara kawal nilai ringgit.

“Industri pembuatan akan dipulih supaya menyumbang kepada kawalan kos sara hidup dan tidak akan kami jual industri tempatan kepada orang asing sehingga tertutup industri tempatan dan berlaku pengangguran dikalangan rakyat,” ujarnya.

Policy Talk: Harapan Baru itu antara usaha PH memaklumkan dasar-dasar yang akan dirancang oleh kerajaan PH sekiranya berpeluang mengambil alih kerajaan Umno-BN.

Pengerusi PH itu setiap minggu pada hari Rabu akan membicarakan pelbagai topik dan cadangan serta resolusi terhadap topik yang dibincangkan.

Dr Mahathir juga memberikan peluang kepada rakyat untuk berkongsi komen dan pandangan di laman facebooknya dan beliau turut menjawab tiga  soalan di bawah tajuk “kos sara hidup” hari ini, antaranya mengenai  kos pengangkutan awam, cukai dan pekerja asing.

Policy Talk: Harapan Baru di bawah tajuk “Kos Sara Hidup” ini boleh diikuti sepenuhnya video beliau melalui link: https://web.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155292037903652/

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS