Polis akan siasat dakwaan Azharuddin jual maklumat pangkalan data

Polis akan siasat dakwaan Azharuddin jual maklumat pangkalan data

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan sekiranya dakwaan Azharuddin Othman, 30, seorang pengatur cara komputer bebas bahawa dia telah menjual maklumat tersebut kepada seorang wanita yang dikenali hanya sebagai ‘Ratu Naga’ dengan bayaran RM5,000 seperti dilapor media semalam.

“Kalau benar dakwaan ini, pihak polis akan jalankan siasatan, dan tidak sepatutnya maklumat rahsia yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi ini disampaikan kepada umum, ” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz bersempena sambutan Hari Polis Ke-209 hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penjualan maklumat pangkalan data penduduk negara bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir, Noor Rashid berkata polis akan menyiasat individu yang dikaitkan dengan penjualan pangkalan data itu.

Azharuddin bagaimanapun hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat itu kepada wanita itu yang mendakwa memerlukan maklumat itu bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir.

Semalam Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mendakwa, tidak pernah mengenali Azharuddin  sebelum ini dan menganggap namanya digunakan untuk kerja memfitnah berhubung dakwaan beliau membeli 900,000 nama pada harga RM5,000 daripada pangkalan data untuk menipu tandatangan memorandum Deklarasi Rakyat.

Berikutan dakwaan itu, Ratu Naga  dijangka akan membuat sidang medianya pada jam 3.00 petang ini.

TAGS