Polis kena halang geng baju merah bertembung dengan Bersih 5

Polis kena halang geng baju merah bertembung dengan Bersih 5

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menggesa pihak polis supaya mengutamakan ketenteraman awam dengan mengelak pertembungan geng baju merah yang anti-Bersih 5.

“Sepatutnya polis pastikan geng baju merah buat hari lain untuk berhimpun. Kalau buat hari ini pula biarlah mereka di kawasan lain.

“Itu kerja polis kena halang. Kalau sengaja dibiarkan bertembung, kita bimbang sana baran macam-macam boleh berlaku.

“Seolah-olah sengaja biarkan baju merah masuk mengacau himpunan Bersih,” tegasnya hari ini ketika ditemui Malaysia Dateline di tapak pidato Bersih 5 di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan simpang Jalan Raja di Dataran Merdeka.

Dr Siti Mariah yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional itu turut menyertai kira-kira 1,000 peserta Bersih 5 setakat pagi ini.

Pidato turut disertai wakil dari Sabah dan Sarawak dengan peserta berbilang kaum.

Lebih ramai lagi peserta himpunan Bersih 5 sedang bergerak dengan menggunakan Komuter dan LRT untuk berkumpul di sekitar ibu negara termasuk di Masjid Negara.

TAGS