Polis nafi keluar kenyataan penutupan jalan Sabtu ini

Polis nafi keluar kenyataan penutupan jalan Sabtu ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis menafikan pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan untuk memberi laluan kepada perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini polis belum mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan.

“Kita belum keluarkan tentang penutupan jalan lagi,” katanya ketika hari ini.

Difahamkan, satu sidang media berkenaan penutupan jalan akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur esok.

Hari ini tersebar mesej di laman sosial mengatakan terdapat beberapa laluan di ibu negara akan ditutup pada Sabtu ini bermula 5 pagi sehingga 6 petang berikutan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0.

Jalan yang disenaraikan menerusi mesej berkenaan termasuk Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja.

TAGS