Polis panggil 10 perusuh Parlimen serah diri

Polis panggil 10 perusuh Parlimen serah diri

Seramai 10 individu samseng Pasir Salak termasuk wanita yang menyerang dan memaki hamun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pagi tadi diminta menyerah diri kepada polis.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seramai 10 individu samseng Pasir Salak termasuk wanita yang menyerang dan memaki hamun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pagi tadi diminta menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam kenyataannya berkata, mereka terbabit diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen.

Mereka termasuk Firdaus Tajuddin, 34, iaitu anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sembilan lagi yang diminta menyerah diri adalah:

Mohd Rizal Shafie, 37
Ariffin Mohamed Ali, 32
Hasnah Md Razali, 48
Erwan Halmi, 36
Sapiah Aini Sulaiman, 48
Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
Azmir Ahmad, 41
Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
Mohd Faizal Saidina Omar, 34

Dalam kenyataan sama, memberitahu tiada kecederaan dalam serangan tersebut.

Beliau turut merayu penyokong atau ahli politik supaya tidak membelakangi undang-undang.

“Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.

“Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Umno itu berkata, “mereka melindungi rakyat Pasir Salak”.

Beliau bagaimanapun menafikan menaja kumpulan berkenaan untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin turut mengesahkan anaknya antara yang ‘menyerang’ Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.

Sidang Dewan Rakyat pada 21 November lalu menyaksikan kenyataan Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyebut Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok” mengundang bantahan ahli parlimen pembangkang kecuali Pas.

Paling lantang menyelar Tajuddin yang sebelum ini memang dikenali sebagai pemimpin Umno yang samseng adalah Khalid yang menggelarkannya sebagai ‘menteri sial’.

TAGS