Polis Sabah akan buat sidang akhbar berkaitan kes culik malam tadi

Polis Sabah akan buat sidang akhbar berkaitan kes culik malam tadi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis Sabah akan mengadakan satu sidang akhbar hari ini dipercayai berkaitan kes penculikan di perairan lahad datu, malam tadi.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun tidak mengulas lanjut tujuan sidang akhbar tersebut diadakan.

“Insya-Allah, kami akan buat sidang akhbar hari ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam dilaporkan seorang pemilik kapal nelayan bersama krunya hilang dikhuatiri diculik di perairan Lahad Datu kira-kira 10.08 malam.

Sumber memberitahu Bernama mangsa berkemungkinan diculik ketika menangkap ikan kira-kira pukul 10.08 malam ini.

“Maaf saya sibuk ‘alert’ nelayan-nelayan di laut ketika ini,” katanya.

TAGS