Polis serbu pejabat Bersih

Polis serbu pejabat Bersih

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya petang ini, sehari sebelum perhimpunan besar mereka esok.

Anggota jawatankuasa gabungan itu Mandeep Singh berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.

“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Bersih disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.

Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersh turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.

TAGS