Polis tahan Wan Ji selepas bagi khutbah Jumaat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Wan Ji ditemui pegawai polis dan dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Perda.

Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Husin sebentar tadi telah ditahan oleh pihak polis, kata Penasihat Strategik Pulau Pinang, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Katanya, Wan Ji ditahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya Pulau Pinang hari ini.

Kini, kata Setiausaha Agung PKR itu, beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah.

Sehingga kini, katanya, belum lagi diketahui alasan penahanan beliau.

Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan, katanya.

Menurut Fahmi Zainol bekas aktivis mahasiswa yang berada di masjid berkenaan ketika ditahan, Wan Ji dibawa oleh beberapa pegawai polis ke IPD Bandar Baru Perda.

Wan Ji dipercayai ditahan di bawah Akta Hasutan dan akan dibawa ke Kuala Lumpur selepas ini.

Pada 28 Semptember lalu, Wan Ji dilantik sebagai pegawai penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membantu Pakatan Harapan menangkis sebarang isu agama.

Pendakwah yang berasal dari Kelantan itu ditugaskan untuk memberi penjelasan berhubung polisi kerajaan dan usaha kerajaan Pulau Pinang dalam memperkasakan agama Islam sebagai agama negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Wan Ji, 35 tahun yang merupakan graduan Universiti Al-Azhar Mesir dalam Syariah Islamiyyah, mengangkat sumpah di pejabat Lim di Komtar pada hari itu.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS