Polis tolak kebakaran kereta pegawai KPDNKK perbuatan khianat

Polis tolak kebakaran kereta pegawai KPDNKK perbuatan khianat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis menolak andaian kebakaran sebuah kereta milik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah perbuatan khianat, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar, sekembalinya beliau dari kedai dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

“Enjin terbakar sendiri. Tiada perbuatan khianat atau jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kereta itu terbakar di hadapan rumah pegawai berkenaan, di Presint 9 di sini malam tadi, dan polis menolak andaian ia ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Andaian itu dibuat ekoran tindakan KPDNKK yang agresif membuat serbuan kepada premis perniagaan ekoran kenaikan harga minyak masak sejak kebelakangan ini.

TAGS