Politik Kelantan kini digoncang oleh Husam Musa

Politik Kelantan kini digoncang oleh Husam Musa

Politik Kelantan yang penuh dinamik selama ini bakal bergoncang hebat selepas kemasukan bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Politik Kelantan yang penuh dinamik selama ini bakal bergoncang hebat selepas kemasukan bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Husam yakin, selepas ‘menyarung jersi’ Amanah beliau boleh ‘bermain’ dengan baik setelah sekian lama duduk di ‘bangku simpanan’ ketika bulan-bulan terakhirnya berada dalam Pas. Pas telah memecat keahlian Husam April lalu.

“Di bahagian mana saya kena main saya sedia dan terserah kepada kepimpinan Amanah. Bagi saya jawatan tidak penting, yang penting saya boleh bermain.

“Saya boleh jadi striker, pertahanan, wing ke bahkan penjaga gol pun boleh, ikut kepimpinan Amanah. Yang penting kini saya ada jersi dan boleh bermain,” kata Husam dalam sidang medianya di lapangan terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa semalam selepas pulang dari menyerahkan borang untuk menyertai Amanah di pinggir pusat pentadbiran negara, Cyberjaya.

Semasa bulan-bulan terakhir beliau dalam Pas, kata Husam, beliau hanya diletakkan di ‘kerusi simpanan’ sahaja dan tidak dibenarkan ‘bermain’.

“Pemain lain dalam Pas pula bukan mereka nak sumbat gol, mereka asyik boo saya yang duduk di kerusi simpanan,” kata Husam penuh kiasan ketika menceritakan saat-saat akhir beliau dalam Pas sehingga beliau dan rakan-rakannya tersingkir dan tertubuhnya Amanah.

Husam berkata, berdasarkan perbincangan yang mereka buat di Kelantan, Amanah mempunyai peluang untuk menang sama ada melalui pertandingan tiga penjuru atau dua penjuru.

“Amanah kena dapat sekurang-kurangnya 37% undi popular untuk menang dan Insya Allah ini boleh dicapai,” katanya.

Di hari pertamanya di Kelantan sebagai ahli Amanah, Husam merasmikan penubuhan 16 cawangan Amanah untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Limbongan di Pasir Puteh.

Salah satu cawangannya pula diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno di bandar Pasir Puteh. Cawangan yang lain kebanyakannya ditubuhkan oleh bekas ahli dan pimpinan Pas tempatan.

Bagi Husam, penyertaan ahli Umno dan Pas ke dalam Amanah menunjukkan bekas ahli kedua-dua parti itu boleh terima Amanah.

“Amanah tiada rekod tak baik dengan Umno sebagaimana Pas yang mengkafirkan ahli Umno. Pas pula sertai Amanah kerana parti ini sama dengan Pas yang jadikan Islam asasnya,” kata Husam dalam sidang media bersama pimpinan Amanah Kelantan itu.

Datuk Husam Musa (tengah) serius mendengar perbualan Presiden Amanah Mohamad Sabu (kiri)  diperhatikan Timbalannya Salahuddin Ayub (kanan)  dalam majlis di Ambang Merdeka pada Rabu lalu.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

 

TAGS