Politik ‘main belakang’ amalan pembangkang, kata Adun Umno

Politik ‘main belakang’ amalan pembangkang, kata Adun Umno

Tindakan pimpinan utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu amalan politik ‘main belakang’ yang boleh menimbulkan syak wasangka dikalangan parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan berkata, sikap pemimpin pembangkang yang seringkali membelakang rakan-rakan pimpinan lain seperti apa yang dilakukan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali, adalah punca utama timbul rasa curiga yang akhirnya membuahkan rasa tidak puas hati di kalangan kepimpinan pembangkang.

“Inilah amalan politik pemimpin pembangkang yang ‘suka main belakang’ seperti apa yang dilakukan oleh Wan Azizah dan Azmin.

“Jika kita memikirkan dengan akal yang rasional, sudah tentu tindakan mereka bertemu dengan Presiden Pas itu akan menimbulkan syak wasangka di kalangan kepimpinan lain dalam pakatan harapan.

“Bahkan sudah ada kenyataan-kenyataan sinis yang dibuat oleh beberapa kepimpinan pembangkang ekoran pertemuan dua orang besar PKR itu dengan Hadi. Pastinya pertemuan tersebut akan membangkitkan seribu persoalan kalangan kepimpinan parti pembangkang yang lain, mengapa mereka tidak diajak bersama untuk menghadiri pertemuan tersebut.

“Sudah tentu hari ini perasaan curiga yang berlegar di kalangan pemimpin pembangkang yang lain berhubung tujuan pertemuan tersebut. Persoalan-persoalan yang timbul sudah pastinya lebih terarah kepada persepsi negatif di pemikiran kepimpinan pembangkang yang lain, khususnya DAP yang telah berpatah arang berkerat rotan dengan parti tersebut,” jelasnya kepada Umno-online hari ini.

{loadposition myposition} Beliau mengulas berkaitan pertemuan ziarah Wan Azizah dan Azmin dengan Abdul Hadi di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, turut membincangkan secara tidak rasmi mengenai kerjasama politik di kalangan pembangkang dalam menghadapi untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU-14.

Halimah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Subang juga berkata dengan sikap pembangkang suka ‘main belakang’ bila keadaan sudah terdesak seperti inilah yang menjadi punca mengapa parti pembangkang ujarnya, tidak mempercayai sesama sendiri dan seringkali dilihat tidak sependapat dalam pelbagai hal terutama dalam hal-hal matlamat dan hala tuju pembangkang itu sendiri.

Hari ini Azmin dalam kenyataannya mempertahankan perbincangan partinya dengan Pas walaupun tidak disenangi sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Azmin dipetik berkata beliau sedang berbincang dengan Pas  adalah inisiatif PKR yang tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan.

Wan Azizah juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas dalam perkara penentuan kerusi pada pilihan raya umum.

Dalam pada itu reaksi rakan parti dalam Pakatan Harapan memberikan respon yang tidak memihak kepada tindakan pemimpin PKR itu.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional Dr Mohd Hatta Ramli dipetik berkata,Pakatan Harapan setakat ini tidak mempunyai agenda berkaitan rundingan dengan Pas menjelang pilihan raya umum akan datang.

 

TAGS