PPBM harap Pakatan Harapan bantu beri kerusi PRU14

PPBM harap Pakatan Harapan bantu beri kerusi PRU14

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berharap Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, DAP dan PKR dapat memberikan kerusi yang boleh ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Sebagai parti baru kita ingatkan diri kita yang kita belum ada kerusi lagi. Kita minta kawan-kawan dari kiri dan kanan kita menimbangkan ruang,” kata Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14.

Tambah Muhyiddin, perjanjian kerjasama yang ditandatangani itu tidak akan bermakna jika Pakatan Harapan tidak memberi laluan kepada PPBM untuk meletakkan calon mereka sendiri dalam pilihan raya.

“Kalau tidak, tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu dari bawah dan tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi,” katanya, dan menambah rundingan agihan kerusi sesama mereka akan sentiasa berterusan.

Perjanjian kerjasam itu ditandatangi oleh Muhyiddin, Presiden Amanah Mohamad Sasbu, Presiden PKR Datuk Seri Wan AZizah Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Antara inti pati perjanjian persefahaman itu adalah mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya termasuklah membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya, manifesto dan logo bersama, serta merangka gerak kerja bagi menghadapi PRU14.

TAGS