Presiden Pas dakwa Islam tidak galak budaya pecat pemimpin

Presiden Pas dakwa Islam tidak galak budaya pecat pemimpin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Islam tidak menggalakkan budaya memecat pemimpin sebaliknya perlu membetulkan mereka, kata ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengambil contoh Arab Spring, beliau berkata krisis di negara itu tidak selesai kerana adanya campur tangan asing.

“Islam tidak galakkan budaya memecat pemimpin tetapi memperbetul pemimpin itulah sebaiknya di negara sendiri. Apa yang berlaku di Arab Spring ialah musim bunga yang tidak berbuah kerana campur tangan kuasa asing,” kata beliau ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden Pas itu juga mengakui bahawa parti itu tidak bersetuju dengan pentadbiran kerajaan BN namun masih mendukung sistem demokrasi negara.

“Saya tidak setuju tetapi kita sabar walaupun kita sebuah parti yang sudah lama, menang atau kalah, kita tidak kisah yang penting jangan kacau rakyat,” katanya.

Pas sebelum ini menolak pelawaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak.

Parti itu konsisten dengan pendekatan menggunakan ‘blok politik ketiga’ dalam mengubah kepimpinan negara pada hari ini melalui saluran demokrasi dan berpelembagaan.

TAGS