Presiden R hargai Amanah sedia platform, ikrar kekal tidak memihak

Presiden R hargai Amanah sedia platform, ikrar kekal tidak memihak

Presiden Pertubuhan R Kelantan (R), Haji Nazri Deraman mengucapkan terima kasih kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang memberikan ruangan kepada aktivis R untuk berkongsi platform demi merancakkan tuntutan royalti.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Pertubuhan R Kelantan (R), Haji Nazri Deraman mengucapkan terima kasih kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang memberikan ruangan kepada aktivis R untuk berkongsi platform demi merancakkan tuntutan royalti.

“Secara umum, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yg telah memberikan sokongan dan bersama membawa isu perjuangan royalti ini khususnya kepada Kerajaan negeri Kelantan, PAS, PKR, PSM malah pimpinan UMNO juga turut memberi sokongan kepada kami demi mempersada dan menggembeleng perjuangan Royalti yang dinafikan sejak perjanjian 9 May 1975 hasil Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Terbaru, Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberikan ruangan kepada aktivis R,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Pertubuhan R Kelantan (R) katanya, adalah Pertubuhan berdaftar sebagai NGO. NGO R tidak menyertai atau dimiliki oleh mana-mana parti politik, kecuali aktivis kami yang sememangnya ramai menyertai pelbagai parti politik kerana itu adalah hak dan kebebasan mereka yang dijamin dalam perlembagaan negara.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa penyertaan mana-mana pimpinan dan aktivis R dalam Parti politik adalah di atas dasar individu dan tidak buleh dikaitkan dengan R secara organisasi,” katanya.

Presiden R Haji Nazri DeramanBeliau bertegas bahawa perjuangan tuntutan royalti petroleum Kelantan dan pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan adalah perjuangan milik semua rakyat Kelantan melangkaui batasan parti, NGO mahu pun individu.

“Malahan pihak kami di dalam proses untuk mengadakan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mendapatkan sokongan mereka dan kerjasama dalam perjuangan tuntutan Royalti ini.

“R juga turut bersama jaringan NGO dalam Bersih 5.0 yang bakal dilangsungkan pada 19 Nov 2016 dalam menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil yang akhirnya Royalti yang dinafi akhirnya dapat ditunaikan kelak oleh Kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU 14 yg akan datang insyaAllah.

ROYALTI sebagai satu badan katanya, menafikan menyertai mana-mana parti politik, kecuali aktivis sebagai hak mereka.

“ROYALTI kekal sebagai NGO. ROYALTI mengalu-alukan jemputan dari semua pihak yang menyediakan medium kepada perjuangan ini,” katanya.

TAGS