Program ekonomi teras tawaran Amanah tadbir Kelantan

Program ekonomi teras tawaran Amanah tadbir Kelantan

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyenaraikan tawaran-tawaran kepada rakyat Kelantan bila diberi peluang mentadbir negeri itu dan akan menumpukan perhatian kepada isu pembangunan ekonomi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyenaraikan tawaran-tawaran kepada rakyat Kelantan bila diberi peluang mentadbir negeri itu dan akan menumpukan perhatian kepada isu pembangunan ekonomi.

Hu Pang ChawAhli jawatankuasa Amanah negeri, Hu Phang Chaw berkata jawatankuasa itu telahpun mengadakan mesyuarat kali pertama baru-baru ini dianggotai oleh bekas-bekas pentadbir kanan negeri dan usahawan berjaya di negeri ini.

Perkembangan ekonomi Kelantan selepas era Tok Guru katanya amat lembab kerana kerajaan negeri gagal merancang untuk merancakkan pembangunan dan perniagaan.

“Hutang negeri sekarang melonjak naik dan tidak nampak projek-projek ekonomi yang mampu memberi kesan kepada peningkatan peluang pekerjaan dan pengembangan produk baru,” katanya dalam sidang media semasa kempen Bersih 5 di Dun Kota Lama, semalam.

Mengupas Belanjawan Kelantan 2017 yang dibentangkan Menteri Besar baru-baru ini, beliau terkejut kerana semua yang disebut dalam bajet itu hanya mengulangi apa yang telahpun dilaksanakan di era pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sepatutnya Tok Guru yang sudah guna gear 4, kerajaan sekarang patut naik gear 5 atau 6.

“Peliknya mereka turun ke gear 3 atau 2 yang menjadikan segala-galanya perlahan,” katanya.

Amanah katanya, sedang mengumpul semua data-data berkaitan untuk merumus sebuah cadangan pembangunan yang boleh dimanafaatkan oleh golongan usahawan dan masyarakat bawahan.

“Kelantan sebenarnya mempunyai pelbagai kekuatan dari segi sumber alam, kedudukan geografi, modal insan dan warisan yang mampu digerakkan bagi meningkatkan pengukuhan ekonomi,” katanya.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan yang bertebaran di seluruh negara juga akan turut diberi peluang mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan berkenaan.

“Kita yakin masih ramai rakan-rakan di luar sana dengan pelbagai kemahiran dan kepakaran akan memberi impak besar kepada ekonomi Kelantan jika diberi peluang,” katanya.

Hu Pang Chaw bertemu orang ramai ketika berkempen untuk himpunan Bersih 5 di Dun Kota Lama

TAGS