Program sehari Walk For Syria berjaya kumpulkan RM4,099.70

Program sehari Walk For Syria berjaya kumpulkan RM4,099.70

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tanggal 1 Januari 2017, sekumpulan anak muda daripada Sukarelawan Rakyat Malaysia Cinta Syria & Yayasan Darul Hijrah (YDH) menjalankan program Amal yang diberi nama “Walk For Syria”.

Menurut Koordinatornya Khairol Najib Hashim, objektif diadakan program ini untuk memberi info kepada rakyat Malaysia Berkenaan apa yang berlaku di Syria.

“Kami bercadang mengumpul dana sebanyak RM100K untuk pembelian kelengkapan musimsejuk dan makanan untuk Kem Perlindungan,” ujarnya.

Seramai lebih kurang 50 sukarelawan mengambil bahagian.

Program bermula jam 10 pagi itu telah mengumpulkan semua sukarelawan di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur, taklimat diberikan dan sedikit persembahan diadakan.

Kemudian, semua sukarelawan bergerak ke Dataran Maybank dan UTC Pudu Raya. Mereka menjalankan kutipan derma dan edaran flyers di sekitar kawasan tersebut.

Jam 1150 pagi, semua sukarelawan bergerak daripada UTC Pudu berjalan kaki menuju ke Pasar Seni. Di sepanjang perjalanan, plakad diangkat dan kutipan derma bergerak serta flyers diedarkan.

Aktiviti di Pasar Seni adalah persembahan sajak, flashmob, nyanyian busking dan kutipan derma serta edaran flyers. Semua sukarelawan bertebaran mengutip derma sehingga jam 1245 tengahari.

“Pada asalnya, checkpoint seterusnya adalah KL Sentral, memandangkan cuaca sudah mula mendung, kami memutuskan untuk semua bergerak ke Pasaraya Sogo,” ceritanya.

Jam 1.30 semua sukarelawan berada di Perkarangan Pasaraya Sogo.

Aktiviti nyanyian busking, flashmob, pentomen, kutipan derma dan edaran flyers.

Orang ramai juga mengambil peluang merakam video dan mengambil gambar bersama sukarelawan.

Program Walk For Syria berakhir jam 2.40 petang dengan iringan doa yang dipimpin oleh Khair Alimar Shidi.

“Pihak urusetia WalkFor Syria mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua sukarelawan, orang ramai, penderma, pihak berkuasa, IPD Dang Wangi, media dan semua yang bersama menjayakan program amal ini secara langsung mahupun tidak langsung.

“Sukacita ingin kami maklumkan jumlah kutipan yaang berjaya dikumpulkan dalam sehari program diadakan sebanyak RM4099.70

“Seminggu lalu, pihak Yayasan Darul Hijrah telah mengadakan kempen derma secara dalam talian, Alhamdulillah sebanyak RM40,000 telah berjaya dikumpulkan dan jumlah tersebut telah dikirimkan.

“sukarelawan kami berada di sana bersama Rakan kerjasama kami di lapangan ialah Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di İstanbul,” terangnya.

Tumpuan utama pertubuhan ini ialah menguruskan anak-anak yatim dan pelarian yang baru tiba dari Aleppo. (www.omariorphan.com).

Katanya lagi sumbangan derma secara dalam talian masih diteruskan.
Bagi anda yang berminat untuk turut sama membantu rakyat Syria boleh menderma kepada akaun Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Maklumkan setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

Simbolik kesengsaraan rakyat Syria turut tonjolkan oleh sukarelawan.

TAGS