Promosi Amanah Lembah Pantai dapat sambutan hangat

Promosi Amanah Lembah Pantai dapat sambutan hangat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Masyarakat bukan beragama Islam jelas mahukan pembaharuan dalam pentadbiran negara, kata Setiausaha Amanah Parlimen Lembah Pantai, Osman Md Idris.

Berkongsikan sambutan hangat oleh komuniti setempat terhadap program Amanah di Bangsar hari ini, aktiviti yang dianjurkan itu bertepatan dengan musim perayaan sambutan Tahun Baharu Cina, Isnin depan.

“Bermula jam 8.30 pagi tadi (semalam), sebanyak 15 kotak limau mandarin diedarkan. Sambutan komuniti setempat terutamanya non-Muslim amat luar biasa,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Beliau berkata, program yang bertujuan untuk mempromosi parti Amanah Lembah Pantai itu diketuai oleh Timbalan Ketua, Jasni Abdullah dan Ketua Komunikasi, Rosli Yunus.

“Ini program kita kali ketiga buat tahun ini. Program promosi kita yang pertama kali diadakan di Pantai Baharu kemudian kedua, di Pantai Dalam. Kita mengedarkan risalah Amanah dan memberi penerangan ringkas mengenai Amanah,” ujar Osman lagi.

TAGS