Proses deklarasi gagal, tuntutan YDP Pas ditetapkan 12 Mac tahun hadapan

Proses deklarasi gagal, tuntutan YDP Pas ditetapkan 12 Mac tahun hadapan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tuntutan Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron yang memohon makhamah membekukan bayaran berjumlah RM5juta oleh Syarikat Perumahan Negara (PRIMA) kepada Gallery Tani Sdn. Bhd. yang dijadualkan pagi ini dibatalkan dan pihak makhamah menetapkan perbicaraan kes ini pada 12,13 dan 14 Mac tahun hadapan.

Deklarasi yang melibatkan Abdul Fatah Haron sebagai plaintif dan defendan, Galeri Tani Sdn Bhd yang dimiliki oleh Pengarah Pilihanraya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali, Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan anak-anak bekas Bendahari Pas Kelantan, Allahyarham Cikgu Wan Osman sepatutnya didengar dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dato Ahmad bin Bache dalam kamar makhamah tinggi Kota Baru  jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, oleh kerana tiada persetujuan kedua-dua pihak pendaftar mahkamah menetapkan kes ini akan dibicarakan seperti ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Peguam kedua-dua pihak hadir mewakili defendan dan plaintif.

Abdul Fatah yang ditemui sebaik keputusan makhamah itu berkata, beliau akur dengan keputusan itu.

“Bagi pihak saya memang kes ini kita mahu menyesaikan di luar makhamah seperti yang dinasihati oleh hakim.

“Oleh kerana pihak plaintif mahu perkara ini dibicarakan mengikut proses biasa, saya akan membuat persiapan yang perlu bagi menegakkan keadilan,” katanya.

Untuk rekod, Syarikat Galeri Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga pemimpin Pas, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun Kijang, (memegang syer sebanyak 330,000 unit, Mustapa Ali, bekas Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya memengang (170,000 unit syer), manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam wanita yang dikatakan anak-anak arwah Wan Othman, bekas bendahari Pas Kelantan.

Kes ini dikatakan berkait dengan sebidang tanah seluas 200 ekar di Rantau Panjang.

TAGS