Prosiding RCI: Anwar hadir beri keterangan

Prosiding RCI: Anwar hadir beri keterangan

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Istana Kehakiman hari ini bagi memberi keterangan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an.

Bekas Menteri Kewangan itu yang kini menjalani hukuman penjara diiringi anggota Jabata nPenjara ketika memasuki Istana Kehakiman pada kira-kira 8.40 pagi.

Kenderaan yang membawa Anwar diiringi kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara menggunakan laluan khas untuk ke perkarangan mahkamah menyebabkan wakil media menghadapi kesukaran untuk merakamkan kehadirannya.

Anwar merupakan menteri kewangan dari 1991 hingga 1998. Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993sebelum dipecat pada tahun 1998.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah Anwar serta anggota keluarganya, peguam beliau R.Sivarasa dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar juga berada di Istana Kehakiman.

Prosiding yang memasuki hari keenam telah memanggil 17 saksi sehingga semalam.

{loadposition myposition} Selain Anwar, saksi lain yang dijadual memberi keterangan hari ini termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Ahmad Mohd Don dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil.

Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] yang penubuhan dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga Setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

CATEGORIES