Prospek cerah untuk industri perancangan kewangan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Industri perancangan kewangan mempunyai prospek cerah dan dijangka dapat memain peranan penting dalam mentransformasikan sistem kewangan di Malaysia.

Presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) Md Adnan Md Zain, berkata data Persatuan Penasihat Kewangan Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia hanya mempunyai 971 penasihat kewangan yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 30 juta orang.

Singapura mempunyai 3,000 individu berlesen bagi menampung 5.4 juta penduduk, katanya.

“Secara realitinya, tidak ramai rakyat Malaysia mampu mengurus hal ehwal kewangan mereka sendiri walaupun mempunyai pengetahuan mengenai aspek kewangan,” katanya pada pelancaran MFPC cawangan Johor di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi MFPC Johor Kenny Tan Kock Un dan Pengarah Eksekutif MFPC Chung Kar Yin.

Beliau berkata peluang (bagi penasihat kewangan) sangat besar dan untuk itu, MFPC akan menyumbang secara lebih ketara dalam membangunkan industri berkenaan.

CATEGORIES
TAGS