PRU ke-14 di tengah lingkaran derita rakyat

Boleh digambarkan sekarang bahawa Pilihan raya Umum ke-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi,di mana ia akan menjadi ‘Ibu segala pilihanraya’.

Boleh juga dibayangkan bagaimana riuh rendahnya PRU akan datang itu, dengan begitu banyak calon dan parti politik yang bertanding. Semuanya mahu merebut Putrajaya.

Namun begitu, tidak syak lagi bahawa PRU ke-14 itu akan berlansung di tengah derita rakyat yang bukan kepalang. Iaitu, antara lain disebabkan:

Harga barangan yang terus naik, menyebabkan rakyat, terutama mereka yang berpendaptan rendah dan sederhana terus menderita.

Pengangguran di kalangan belia, khususnya, para graduan universiti, terus bertambah dan menakutkan.

Penutupan pelbagai syarikat dan pembuangan pekerja yang terus bertambah menyebabkan pengangguran meningkat.

Daya beli rakyat terus merosot kerana harga barangan mahal.

Nilai ringgit yang terus rendah memberi kesan kepada perdagangan luar negeri malah tempatan juga.

Keadaan ekonomi yang lemah, menyebabkan rakya tidak dapat merancang masa depan mereka, malah tidak dapat membayangkan bagaimana nasib masa depan generasi yang ada dan akan datang.

Dalam keadaan yang meresahkan ini, rakyat memberi fokus penting mengenai krisis ekonomi ini dan mereka dilihat tidak memberi perhatian kepada isu perkauman yang sering di ketengahkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Oleh itu para penganalisis dan pemerhati politik, malah aktivis politik sendiri mengakui bahawa isu derita rakyat disebabkan harga barangan naik, mendominasi PRU akan datang ini.

Isu ini sangat meluas, diperkatakan di mana-mana, baik di bandar mahupun di luar bandar. Justeru kenaikan harga barangan ini menyeluruh dirasai oleh rakyat – berpendapatan rendah dan sederhana – di bandar mahupun di luar bandar.

Adapun golongan elit tidak pedulipun derita rakyat ini.

Dalam situasi yang kritikal ini, rakyat tidak berminat untuk membincangkan isu lain, yang antara lain, kononnya jika DAP menang besar dalam PRU akan datang ini bermaka kononnya orang Cina akan memerintah.

Isu perkauman ini ditebarkan ke tengah rakyat untuk mendapatkan keuntungan politik golongan tertentu untuk mengekalkan kuasa.

Namun isu palsu ini tidak berkesan lagi di kalangan rakyat. Malah umpan isu kebimbangan ini tidak dipedulikan oleh rakyat.

Mereka lebih memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelansungan hidup dengan harga barangan naik melambung.

Yang difikir oleh rakyat ialah bagaimana untuk mereka meneruskan hidup, bukan untuk bermewah-mewah, bahkan jauh sekali, tetapi supaya ‘dapur mereka boleh terus berasap’.

Inilah yang mereka fikirkan siang malam. Maka PRU akan datang ini mereka akan menghantar isyarat bantahan – melalui peti undi – akan harga barangan naik ini yang sangat menyeksa ini.

Sementara itu, menjelang PRU akan datang ini pelbagai bantuan segera dalam pelbagai bentuk akan, malah sedang dilambakkan di tengah rakyat siang dan malam. Belum lagi dedak berupa wang dan segalanya.

Pelbagai ‘lakonan’ pemimpin dan pendukung parti politik akan terserlah, tiba di tengah rakyat, Mereka memakai motosikal, atau basikal. Kereta mahal mereka jauh di letakkan di bandar.

Mereka mengunjungi rumah rakyat di mana saja, beramah mesra dan menghulurkan bantuan, menyuapkan nasi kepda orang tua, membelai kanak-kanak, menyantuni penghuni rumah.

Tetapi rakyat sudah amat kenal denga lakonan mereka. Bahawa lakonan ini tidak akan dapat menutup derita rakyat kerana kenaikan harga barang, rasuah dan segalanya.

TAGS