PRU14 pada Mac atau April tahun hadapan?

PRU14 pada Mac atau April tahun hadapan?

Desas-desus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin berlangsung pada Mac tahun hadapan dilihat diyakini banyak pihak selepas satu surat rasmi daripada Pejabat Daerah Besut berkaitan petugas PRU14 menjadi viral sejak semalam.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Surat Pejabat daerah Besut yang menjadi viral di media sosial

Desas-desus Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin berlangsung pada Mac tahun hadapan dilihat diyakini banyak pihak selepas satu surat rasmi daripada Pejabat Daerah Besut berkaitan petugas PRU14 menjadi viral sejak semalam.

Surat kepada Ketua Jabatan Kerajaan serta pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah di daerah tersebut meminta mereka terbabit mengemukakan senarai pertugas pilihan raya sebelum 8 Disember nanti.

“Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu sedang dalam proses membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang,” dipetik daripada surat bertarikh 23 November itu.

Lima petugas diperlukan iaitu Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Ketua Tempat Mengundi (KTM), Kerani Pengundian/ Mengira Undi (KP/MU), Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) dan Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

Dalam hal berkaitan, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan PRU14 bakal diadakan sebelum Ramadan sama ada Mac atau April tahun hadapan susulan daripada penangguhan usul Rang Undang Undang (RUU) 355 semalam.

Beliau yang juga Adun Salor dilapor berkata, tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sekadar membaca usul RUU tersebut boleh diterjemahkan sebagai PRU14 dijangka berlangsung sebelum Parlimen depan bersidang.

Bahkan, Husam berpendapat penangguhan pindaan Akta 355 itu sebagai langkah strategik yang menguntungkan Umno dan Pas apabila Umno dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam manakala Pas pula tidak dilihat gagal dalam pendekatannya.

Untuk rekod, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan selepas persidangan mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-13 berakhir semalam.

TAGS