PT3 di sebuah sekolah di Kangar tertangguh, makmal komputer terbakar

PT3 di sebuah sekolah di Kangar tertangguh, makmal komputer terbakar

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman di sini ditangguh kira-kira 40 minit susulan sebuah makamal komputer terbakar pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata ia ditangguhkaan atas nasihat pihak bomba dan penyelamat.

Beliau kebakaran berlaku ketika 208 pelajar sedang menduduki peperiksaan Pendidikan Islam di dewan sekolah yang terletak kira-kira 100 meter dari makmal tersebut pada pukul 11.55 pagi.

“Namun peperiksaan yang ditangguhkan sekitar jam 12.20 tengah hari disambung semula kira-kira 1 tengah hari,” katanya di lokasi kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Mohd Fadzil Haroon berkata kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas yang turut memusnahkan sebuah bilik masakan.

TAGS