Pulau Pinang beri bonus setengah bulan kepada kakitangan kerajaan negeri

Pulau Pinang beri bonus setengah bulan kepada kakitangan kerajaan negeri

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 untuk anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2017 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata bayaran bonus itu akan dibuat bulan depan.

Beliau berkata pembayaran bonus kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.19 juta.

“Diharapkan bayaran bonus ini akan meningkatkan semangat mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun mendatang,” katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bayaran tambahan sebanyak satu perempat gaji kepada penjawat awam yang tidak mengambil cuti sakit swasta melebihi empat hari sehingga November 2016 sebagai insentif kehadiran kerja.

Lim berkata pemberian bonus RM300 seorang akan turut diberi kepada penyelia dan guru KAFA, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri Pulau Pinang pula akan menerima bonus RM200 seorang.

Persidangan dewan akan disambung Khamis.

TAGS