Puteri Umno dedah Ketua Bahagian Kedah diberi RM50,000

Puteri Umno dedah Ketua Bahagian Kedah diberi RM50,000

 

 

 

 

 

 

Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Itu situasi yang dilihat berlaku bagi menggambarkan kemelut Umno Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Itu situasi yang dilihat berlaku bagi menggambarkan kemelut Umno Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Aeiza Hassan mendedahkan berlaku sogokan kepada sejumlah Ketua Umno Bahagian dan sayap parti negeri itu bagi menghadiri sidang media tergempar, 20 Januari lalu.

Beliau berkata, salah seorang Ketua Umno Bahagian di Kedah mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50,000 manakala Ketua-ketua Sayap Bahagian pula diberi RM5,000 sebagai saguhati kerana hadir dalam sidang media berkenaan di Hotel Grand Alora, Alor Setar.

Kenyataan Aeiza yang kemudiannya tersebar di media sosial WhatsApp itu menyatakan pemberian sejumlah wang terbabit bagi tujuan menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Saya tanya apa yang berlaku? Jawab beliau (salah seorang Ketua Umno Bahagian), ‘MB (Menteri Besar) kurang memberi’. Tanya saya, ‘Kurang apa lagi? Projek? Tender ataupun jawatan GLC Negeri?’ Dia hanya menjawab, ‘Aeiza tak faham’.

“Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50K sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora,” ujarnya menceritakan kembali perbualan beliau melalui telefon dengan salah seorang salah seorang Ketua Umno Bahagian terbabit.

Menyifatkan murahnya nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap Umno di Kedah, Aeiza mempertikaikan tindakan ke atas Mukhriz hanya kerana bekas Menteri Besar ke-11 itu lantang bersuara.

“Mainan politik apakah ini? Gila apakah yang sedang berlaku didalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir? Saya tidak memihak mana-mana pihak.

“Cuma sudah terlalu banyak isu, kontroversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri,” tegas Aeiza yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia itu.

Beliau turut menyelar kepimpinan atasan Umno yang dianggapnya dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian serta ‘menjaga’ pemimpin Bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

“Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan ke mana. Tidak akan didengar,” ujarnya berterus-terang.

Mengulas ‘tempias’ pengunduran Mukriz yang ujarnya turut dirasai di Pulau Pinang, beliau berkata, Umno bukan lagi pilihan anak muda sekiranya Mukhriz turun dari jawatan Menteri Besar.

“Kami terpaksa kerana kami kesal. Bukan Umno ini yang kami mahukan. Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap,” tambahnya lagi.

TAGS