Putuskan diplomasi, iktiraf kerakyatan Rohingya, kata Tun M

Putuskan diplomasi, iktiraf kerakyatan Rohingya, kata Tun M

Kerajaan harus memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim terhadap rakyat mereka dan mengiktiraf kerakyatan warga Rohingya di negara ini, kata bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tun Dr Mahathir Mohamad Kerajaan harus memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim terhadap rakyat mereka dan mengiktiraf kerakyatan warga Rohingya di negara ini, kata bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata demikian dalam satu temubual eksklusif diadakan oleh kumpulan Penggerak Media Sosial Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Rabu lalu.

Beliau menjawab pertanyaan sekiranya masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, apakah yang akan beliau lakukan terhadap jenayah Genocide di Myanmar.

“Selain daripada memberi amaran, kita mungkin terpaksa memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim sekali terhadap rakyat mereka.”

“Kita juga mempunyai rakyat yang datang dari negara lain seperti China , India , Pakistan tetapi kalau mereka sudah jadi rakyat kita, bermastautin di negara kita, kita anggap mereka sebagai rakyat, sebagai warganegara dan kita juga tidak menindas mereka sebaliknya mereka kadang-kadang kita dapati lebih bernasib lebih baik dari bumiputra,” ujarnya seperti dipetik.

Dr Mahathir juga telah memberi gambaran tentang layanan kerajaan Malaysia selama ini terhadap warga asing yang telah menetap dan bermastautin di Malaysia amat baik. Mereka diberi kewarganegaraan dan dilayan dengan baik berbanding dengan keadaan yang berlaku di Myanmar.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata Myanmar patut keluar daripada Asean sekiranya negara itu terus menerus bertindak kejam terhadap pelarian Rohingya yang disifatkannya melanggar hak asasi manusia.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi Asean hanya dapat memberi bantuan setakat yang mampu tetapi masyarakat antarabangsa perlu turut sama memikul beban secara bersama dalam hal ini dengan menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Sekiranya semua negara Asean bersepakat, kata putus mampu dicapai untuk menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata sewaktu persidangan antarabangsa yang membincangkan tentang krisis Rohingya di Kuala Lumpur pada Jun 2015 yang lalu bahawa Myanmar perlu didakwa di bawah undang-undang antarabangsa dan dilucutkan keahliannya dari blok Asia Tenggara kerana membiarkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ berlaku ke atas golongan Muslim.

“Sebelum ini, saya yang memainkan peranan penting dalam memujuk negara-negara Asean yang lain bagi menerima Myanmar sebagai ahli (Asean), termasuk membantu semua rawatan sakit terhadap Aung San Su Kyi (suatu ketika dahulu),” kata beliau, merujuk kepada ketua pembangkang terkenal Myanmar.

“Tetapi kini mereka (Myanmar) sudah berubah,” tambah Dr Mahathir.

“Saya juga telah menulis surat kepada Su Kyi mengenai nasib Rohingya dan meminta beliau campur tangan untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi tiada jawapan,” ujarnya.

Sejak 2012, Rohingya – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB)  anggap etnik minoriti paling dianiaya di dunia – telah keluar menyelamatkan diri dari Myanmar secara beramai-ramai. Mereka menjadi pelarian dalam ketakutan kesan dari keganasan yang dilakukan oleh ekstrimis Buddha di mana ada sesetengah kumpulan bukan kerajaan (NGO) menganggap tindakan keganasan tersebut ‘ditaja’ kerajaan.

Myanmar berada di bawah tekanan bagi membantu membendung kebanjiran pelarian asing yang cuba untuk mendarat di pantai-pantai seluruh Asia Tenggara. Negara itu tidak mengiktiraf Rohingya, yang lebih suka merujuk mereka sebagai Bengali, yang menunjukkan mereka adalah dari negara jiran Bangladesh, bukan dari Myanmar.

TAGS