Qazaf: Mahkamah tolak rayuan Anwar

Qazaf: Mahkamah tolak rayuan Anwar

Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menolak permohonan beliau supaya mahkamah memerintahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menuduh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf.

Rayuan tersebut ditolak dengan kos.

Sebelum ini Anwar mengemukakan tuntutan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari yang gagal mengemukakan empat orang saksi dalam sabitan pertuduhan kes liwat ke atas bekas ketua pembangkang itu.

Sementara itu, panel tiga anggota diketuai hakim syariah Datuk Seri Md Yusup Che Teh, memutuskan bahawa meliwat tidak termasuk dalam kesalahan zina dan mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengkajinya semula.

Dalam keputusan sebulat suara, beliau juga memutuskan bahawa kuasa ketua pendakwa syarie tidak boleh diganggu oleh mahkamah.

“Oleh itu permohonan ini ditolak dengan kos,” katanya sambil menetapkan kos pada RM5,000.

Hakim-hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain.

TAGS