Rafizi letak jawatan Setiausaha Agung PKR diganti Saifuddin Nasution

Rafizi letak jawatan Setiausaha Agung PKR diganti Saifuddin Nasution

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu ekoran beliau didapati bersalah oleh mahkamah tinggi kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pengumuman peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan itu dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Wan Azizah berkata beliau menerima surat yang memaklumkan hasrat Rafizi untuk meletakkan jawatan hari ini.

“Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung PKR dan perletakan jawatan Rafizi,” katanya.

Wan Azizah berkata, susulan hukuman penjara 18 bulan ke atas Rafizi selepas didapati bersalah melanggar OSA.

Pada 14 November lalu mahkamah memutuskan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar OSA.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

TAGS