Rafizi tetap teruskan ‘Dialog Perajurit’ malam ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis melarang ‘Dialog Perajurit’ anjuran pembangkang dengan pesara tentera yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur malam ini.

Di sebalik larangan itu, beliau berikrar akan meneruskan dialog hari ini yang dijadualkan di Setiawangsa dan menggesa pesara tentera untuk hadir.

Pertemuan malam ini adalah yang pertama dalam siri ‘Dialog Perajurit’ yang diadakan di kawasan parlimen yang mempunyai bilangan pengundi tentera yang tinggi.

Menurut Rafizi, polis memaklumkan dialog itu melanggar Akta Perhimpunan Aman di sebalik notis acara itu diberikan 10 hari lebih awal sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Oleh itu, saya akan meneruskan dialog pada hari ini dan menyeru seramai mungkin pesara tentera untuk hadir bersama-sama. Saya telah mendapat beberapa pengesahan bahawa ada kumpulan pesara dari negeri-negeri lain yang akan turut hadir.

“Tindakan pihak polis cuba menyekat berlangsungnya ‘Dialog Perajurit’ malam ini mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak takut dengan pengaruh pesara tentera dan kesannya kepada undi Melayu dalam PRU14 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media seperti dipetik hari ini.

TAGS