Rainbow Skywalk bakal gamit pengunjung ke Pulau Pinang

Rainbow Skywalk bakal gamit pengunjung ke Pulau Pinang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Berada di ketinggian Tingkat 68, Komtar, laluan gantung berlantai kaca yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk @ The Top dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang hujung tahun ini.

Jambatan yang berukuran 16 meter panjang dan berdiameter 5.5 meter tersebut merupakan yang terpanjang di Malaysia.

Terletak di tengah bandaraya Georgetown, ia pasti menjanjikan satu pengalaman menarik buat mereka yang berani dan sukakan cabaran.

Rainbow Skywalk turut memberi peluang kepada pengunjung bertuah untuk melihatkan kecantikan matahari terbenam pada waktu senja. Bersambungan dengan laluan gantung ini, dilengkapi dengan dek pemandangan 360 darjah meliputi bandar Georgetown dan Tanah Besar (Seberang Perai).

Ia pasti menjanjikan kelainan dan kepuasan maksimum kepada pengunjung. – Buletinmutiara

TAGS