Rakyat diajak bersolidariti atas penahanan Maria Chin di IPD PJ pagi ini

Rakyat diajak bersolidariti atas penahanan Maria Chin di IPD PJ pagi ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bagi menunjukkan solidariti dan simpati kepada Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah penyokong Bersih diajak untuk bersama ahli keluarga Maria Chin ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya jam 11.30 pagi ini.

Pengarah Strategik Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tangkapan beberapa pimpinan NGOs dan parti politik antaranya Maria Chin ditahan di bawah peruntukan drakonian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas, 2012) atau Security Offences ( Special Measures, 2012) atau SOSMA telah disalahguna oleh pihak polis.

“OSMA ialah sebuah Akta Anti-Terrorisme untuk tangani keganasan terroris, tetapi ternyata kini disalahgunakan ke atas sebuah badan gerakan pro-demokrasi Bersih 5.

“Ketika memohon untuk Ahli-Ahli Parlimen, menyokong Rang Undang-Undang ini, secara bi-partisan, demi membela keselamatan negara menentang terrorisme, pihak kerajaan BN menjamin bahawa Akta ini tidak akan disalahgunakan ke atas penentangan politik yang sah atau ‘legitimate political dissent’,”Ujarnya.

Tegasnya ternyata kini Perdana Menteri Mohd Najib Razak terdesak sehingga membelakangi segala janjinya untuk menjayakan agenda ‘Reformasi Politik’ negara.

“Bagaimana tindakan Bersih 5 ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan keselamatan negara adalah amat pelik lagi memperbodohkan rakyat. Sebaliknya, yang dimahukan Bersih5 adalah memperkuat dan memperteguh amalan demokrasi.

“Pelbagai pihak NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, bersama mantan-mantan penyandang tertinggi institusi perundangan seperti Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara, turut merakamkan penentangan terhadap salah-guna SOSMA terhadap Maria Chin dan tahanan yang lain.

Terkini Maria dilaporkan sedang menjalani tahanan secara berseorangan atau ‘solitary confinement’ di dalam sebuah sel 15×8 kaki, tanpa tingkap, dengan dua bub lampu yang dibuka 24 jam. Tiada katil atau bantal. Hanya lantai simen dan sekeping kayu.

“Jom! Bagi yang punya ruang waktu dan kesempatan..Jumpa anda di sana,” ujarnya dalam satu kenyataan di facebooknya.

TAGS