Rakyat mahu kadar pinjaman perumahan diturunkan

Rakyat mahu kadar pinjaman perumahan diturunkan

Semakin ramai rakyat Malaysa kini tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai yang kurang berpuas hati, dan mahukan kadar faedah yang tinggi dikurangkan berdasarkan cabaran ekonomi semasa.

Menurut Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia baru-baru ini menunjukkan 46 peratus responden berkata kadar faedah terlalu tinggi berbanding 31 peratus yang mengatakan kadar itu boleh diterima.

Walaupun pinjaman diluluskan, terutama semakin banyak permohonan bersama, ramai pengguna memperoleh margin pinjaman yang lebih rendah serta bayaran balik setiap bulan.

Sheldon Fernandez Bank kini meluluskan lebih banyak permohonan, namun ada masanya. pakej yang ditawarkan tidak menarik kepada pengguna, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan data PropertyGuru, sejumlah 91 peratus responden menyatakan mereka pelukan pinjaman bank untuk membeli rumah, dengan 45 peratus memilihj pembiayaan 90 peratus manakala 25 peratus lagi bersedia menerima pembiayaan antara 70 dan 80 peratus.

Sejumlah 18 peratus lagi memilih pembiayaan 100 peratus.

Keputusan terbaharu itu selari dengan keputusan tinjauan bahawa pasaran hartanah Malaysia sudah mencapai kedudukan stabil dengan peningkatan harga secara beransur-ansur namun mampan, berbanding peningkatan ketara sejak dua hingga tiga tahun lepas.

Berdasarkan senario ini, Fernandez berkata rakyat Malaysia terus berhadapan cabaran dalam pemilikan rumah walaupun mereka bersedia untuk membeli.

{loadposition myposition} Halangan yang masih dihadapi pembeli, terutama pembeli rumah kali pertama, ketidakcukupan dana selepas membayar ansuran bulanan atau memenuhi kos pendahuluan seperti duti setem, guaman dan berpindah masuk, katanya.

Fernandez berkata penyelesaian untuk pembeli rumah kali pertama mungkin berupa kadar faedah khas jika mereka mampu membeli hartanah pada julat harga khusus di pembangunan berorientasikan transit.

Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia berkata mereka menggunakan tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli hartanah, sama ada untuk bayaran deposit atau menampung kekurangan dalam jumlah pinjaman utama, peningkatan sentimen lima peratus tahun ini berbanding 38 peratus pada separuh kedua 2016.

Secara umumnya, seseorang yang me nggunakan tabungan persaraan untuk membeli hartanah menunjukkan ketidakmampuan dalam pasaran. Ia juga mungkin bermakna pengguna mengutamakan pemilikan rumah berbanding tahun-tahun persaraan masing-masing.

Yang lain mungkin merasakan pulangan daripada KWSP tidak menarik, oleh itu lebih baik menggunakan wang berkenaan untuk dilaburkan dalam kediaman yang akan menjana peningkatan modal selain bumbung untuk berteduh, kata Fernandez.

Tinjauan setiap setengah tahun sejak 2009 itumengukur sentimen dan jangkaan dalam persekitaran pasaran hartanah untuk menyediakan maklumat bagi membolehkan pembeli membuat keputusan selain membolehkan ejen hartanah dan pemaju memperoleh perspektif yang lebih baik mengenai pasaran hartanah tempatan.

Tinjauan separuh pertama 2017 menyaksikan 949 responden di Malaysia dan lebih 3,100 responden di seluruh Asia Tenggara.

CATEGORIES