Rakyat Turki akan mengundi referendum

Rakyat Turki akan mengundi referendum

 

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan

Beberapa hari lagi rakyat Turki akan mengundi bagi menentukan sistem politik negara tersebut.

Referendum yang bakal diundi oleh rakyat akan mengubah kuasa eksekutif negara tersebut daripada Perdana Menteri yang dilantik oleh Parlimen, kepada Presiden yang dipilih terus oleh rakyat.

Sistem politik yang sebelum ini lebih mirip kepada sistem British kepada sistem yang lebih mirip kepada Amerika Syarikat.

Parti pemerintah AKP dan parti ultra-nasionalis MHP menyokong referendum ini, manakala pro-kemalists CHP dan parti Kurdish menentang. Pastinya ada pro dan con di atas refendum ini.

Para pengkritik mengatakan bahawa referendum ini memberikan kuasa yang besar kepada Presiden dan ianya bakal melemahkan institusi semak dan imbang.

Ia boleh menyebabkan seorang Presiden menjadi diktator dengan kuasa eksekutif yang ada. Para pengkritik juga melahirkan kebimbangan terhadap kesannya terhadap hak golongan minoriti Kurdish yang sebelum ini mempunyai bilangan anggota parlimen yang agak ramai.

Mereka bimbang, suara mereka tidak lagi akan dipedulikan dan konflik antara pemerintah dan masyarakat Kurdish akan menjadi lebih buruk.

Para penyokong pula mengatakan referendum ini perlu bagi mengekang penyalahgunaan kuasa oleh pihak tentera yang sering mengambil kesempatan di atas ketidak stabilan politik sebagai alasan untuk merampas kuasa.

Mereka berhujah, sistem politik di Turki bukanlah sepenuhnya bersifat “parliamentary” seperti di beberapa negara Eropah, tetapi sebuah sistem “hybrid” yang disusun oleh pihak junta tentera sebelum ini melalui pindaan perlembagaan bagi memastikan Turki sukar mencapai kestabilan politik.

Kerajaan yang dibentuk sebelum AKP berkuasa adalah kerajaan yang dibentuk secara kolisi yang lemah dan ini sering menyebabkan pentadbiran yang tidak stabil. Kesemua rampasan kuasa tentera sebelum ini berjaya dilakukan dalam keadaan Turki diperintah oleh kerajaan kolisi yang lemah dan tidak stabil.

Referendum ini bagi mereka adalah jalan penyelesaian yang tuntas di atas permasalahan ini. Bagi mereka, tanpa “Sistem Presiden”, kerajaan akan jadi tidak stabil, ekonomi akan jadi lemah, dan tentera akan mudah merampas kuasa.

Apapun, biarlah rakyat Turki menentukan hala tuju politik negara mereka melalui saluran demokrasi yang sah.

TAGS

COMMENTS