Ramai kata ‘move on move on’ apa masalahnya?

Ramai kata ‘move on move on’ apa masalahnya?

ULASAN: Memarahi kalangan pimpinan ataupun akar-umbi yang telah meluahkan rasa tidak puas hati setelah PH membuat pengumuman calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Apa masalahnya? Sebelum pengumuman, seharusnya pihak pimpinan membawa isu dan memperjelaskan di kalangan akar umbi parti masing-masing, berbincang dengan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan mendengar suara rakyat.

Ini lah sebenarnya pesan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) – mendapatkan consensus suara rakyat.

Malangnya terdapat pihak pimpinan baru sekarang nak turun nak beri penjelasan. Terbalik!. Perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum bukan selepas. Proses demokrasi songsang.

Jangan salah faham. Bagi saya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu figura yang amat penting dan antara pimpinan yang paling rajin, tidak erti penat berjuang melawan BN.

Tidak dinafikan peranan beliau amat penting untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH). Tanpa beliau, sememangya PH tidak cukup suara yang lantang.

Namun apa masalahnya?

Bagi saya, pengumuman calon PM/TPM secara tergesa-gesa adalah satu tindakan memerangkap diri sendiri dalam game BN.

Calon PM kita yang paling layak dan sesuai selama ini adalah DSAI. BN tahu dan sedar itu. Jadi apa yang dilakukannya.

Mereka tangkap, dan menyabitkan DSAI, dan memenjarakan beliau. Kemudian BN tanya kita balik – eh siapa calon PM kamu? Siapa calon PM kamu? Apa jawapan kita.. tak tau..jap alamak siapa eh? Cepat, kita kena umumkan sebab BN dah tanya ni…

BN yang mensabitkan DSAI sebagai tidak layak bertanding. Tetapi kita yang macam bodoh ulang-ulang DSAI tidak layak, jadi kita kena cari orang lain..mudahnya nak patahkan perjuangan kita ini.

Rakyat tahu, jika PH menang dan dapat kuasa, sudah tentu kita boleh memperbetulkan segala kesalahan dan kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI. Tidak perlulah kita memberi butiran secara detail strategi kepada musuh apakah perancangan, siap beri langkah demi langkah.. tidak bijak langsung!

Akhir sekali ada satu lagi golongan yang suka memfitnah dan amat dengki dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mereka lupa peranan beliau yang amat penting dalam memastikan PH boleh berfungsi secara efekitif.

Perlukah saya ingatkan bahawa:-

1) Azmin Ali adalah arkitek yang menemukan Tun M dan DSAI pada 5 September 2016 yang lalu sehingga gabungan dua tokoh ini telah mencetuskan harapan kepada negara ini. Pimpinan yang lain bukan sahaja mengecam tetapi siap mensabotaj dan cuba memecah-belahkan mereka dua ini. Lupakah kita kerja jahat mat bocor a.k.a budak kecik, kejap sokong, kejap menghentam.

Azmin konsisten dan memandang jauh strategi ini. Walaupun dihina sebagai pengkhianat dan sebagainya, beliau tahu adalah amat penting DSAI dan Tun M bertemu dan dilihat menggembeling segala tenaga.

2) Azmin Ali juga yang telah mencabar SPR di Mahkamah atas isu persempadanan sehingga berjaya mendapatkan perintah penggantungan untuk selama setahun lebih, yang memberi tempoh masa yang agak lumayan bagi pihak PH untuk menguruskan organisasi mereka ini. Jika Azmin Ali tidak membuat cabaran ini – sudah lama PRU dipanggil dan PH tidak mampu bersedia. Ada sesiapa ucapkan terima kasih? Tidak. Langsung tiada terima kash. Sebaliknya sehingga hari ini, beliau dikecam dan dituduh sebagai not team player!

3) Yang penting sekali, atas pentadbiran Kerajaan Negeri yang cekap dan cemerlang dengan polisi-polisi pro rakyat seperti Peduli Rakyat, Peduli Sihat dan sebagainya, Azmin telah memberi PH satu negeri contoh atau “showcase” bagi PH. Beliau melakukan ini dalam keadaan yang amat tertekan, cabaran yang tanpa terhenti-henti. Ada sesiapa ucap syabas kepada beliau? Hanya rakyat dan orang ramai yang mengucapkan terima kasih. Malangnya segelintir pimpinan dari PH– hanya tahu mengeluarkan kata-kata dengki, menuduh Azmin sebagai pengkhianat dan kononnya ada agenda sendiri.

Oleh itu saya ingin mengatakan bahawa, kalau betul-betul mahu move on, ketepikanlah hasad dengki kamu, hentikan cucuk mencucuk dan fokus kepada musuh kamu iaitu BN/Umno.

 

Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim

7.8
OVERALL SCORE
: 9.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS