Rampasan RM114.5 juta: Siapa bakal kambing hitam di Sabah

Rampasan RM114.5 juta: Siapa bakal kambing hitam di Sabah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Siapa yang akan dikambing hitamkan selepas rampasan RM114.5 juta di Sabah kali ini, satu Kemungkinan besar yang merupakan antara agenda tersembunyi pihak tertentu yang  tidak dapat dinafikan.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar semasa ceramah Bersih 5 yang telah diadakan di hadapan Yayasan Aman, Sungei Petani sempena gerakan konvoi Bersih di utara.

“Kita telah lama bersama dan kenal siapa pemimpin Umno.

“Jika bukan untuk kambinghitamkan mana-mana individu, isu ini tidak akan timbul pada waktu sekarang.

“Apa sebenarnya agenda yang tersirat disebalik isu rampasan terbesar SPRM terhadap dua penjawat awam kerajaan di Sabah, ” tanya beliau lagi.

Malah katanya, sudah menjadi lumrah dalam Umno dan BN untuk mengkambinghitamkan individu lain bagi menutup kebobrokkan yang dilakukan oleh pimpinan mereka.

Beliau juga berkata, hanya masa yang akan membuktikan siapa yang akan menjadi mangsa kambing hitam menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Tegasnya lagi, tindakan untuk mengkambinghitamkan mana-mana mangsa adalah bagi menutup jerung besar yang sedang mengatur strategi untuk melepaskan diri bukan sesuatu yang mustahil.

“Begitu juga dengan laungan ‘Hidup Melayu’ yang sengaja dimainkan untuk menutup kebanjingan salah laku pemimpin Umno.

“Mereka perkudakan anak-anak muda dengan baju merah untuk jadi samseng jalanan.

“Ramai budak sekolah, pakai baju merah, ada lambang Umno terpampang, yang masih hingusan diajak buat kacau dan ganggu konvoi Bersih, ” jelasnya lagi.

Ujarnya lagi, tindakan memperbodohkan anak-anak muda Melayu dengan aksi samseng dan mengganggu pergerakan konvoi Bersih amat memalukan.

“Kalau dah teringin sangat nak adakan himpunan, buatlah dimana saja.

“Kenapa mesti bersikap seperti samseng, pukul orang, seolah-olah negara ini tidak ada polis.

“Pihak berkuasa dan beri izin, kita konvoi dan berhimpun, kenapa nak halang, sekat dan ganggu orang lain, ” tegasnya lagi.

Beliau juga menyeru anak-anak muda Melayu supaya jangan dibodohkan oleh Umno dengan hanya laungan ‘Hidup Melayu’ semata-mata, tetapi hidup anak muda dalam penuh beban.

“Bersih 5 memperjuangkan hak semua rakyat yang tidak mendapat pembelaan termasuklah pilihan raya yang bersih adil.

“Kita tuntut supaya hak besuara dan demokrasi sepenuhnya dilaksanakan, tanpa disekat oleh kerajaan.

“Kesemua tuntutan adalah untuk masa depan generasi muda termasuk rakyat yang ada di Sabah dan Sarawak, ” tambahnya lagi.

Oleh kerana itu katanya, anak-anak muda Melayu jangan terpedaya dengan dakyah Umno dengan mengganggu pergerakan konvoi Bersih 5 yang sedang bergerak sehinggalah ke kemuncaknya pada 19 November yang akan datang.

TAGS